Sabtu, 2 November 2013

Kaedah Rasulullah SAW dalam memberi teguran

1) Bersegera membetulkan kesilapan

2) Menegur kesilapan dan menerangkan hukum

3) Menyedarkan pesalah melalui syarak

4) Membetulkan anggapan yang menjadi penyebab berlakunya kesilapan

5) Membetulkan kesilapan dengan nasihat dan mengkhabarkan ancaman bahaya kesalahan

6) Belas kasihan terhadap pelaku kesilapan

7) Tidak cepat menyalahkan seseorang

8) Berinteraksi dengan pelaku kesilapan secara tenang

9) Menerangkan fitnah daripada kesilapan yang dilakukan

10) Menerangkan bahaya kesilapan

11) Menegur kesilapan secara praktikal

12) Memperbetulkan kesilapan

13) Memberi panduan supaya tidak meneruskan kesilapan

14) Membuat teguran secara umum

15) Provokasi orang awam terhadap pelaku kesilapan

16) Menghindari fitnah syaitan

17) Menegur kesilapan dan menerima kebenaran

18) Mengembalikan hak kepada Tuannya dan menjaga maruah pelaku kesilapan.

19) Memberi perhatian yang sama kepada dua pihak yang bertelagah

20) Meminta kepada pelaku kesilapan supaya memohon maaf kepada pihak dizalimi

21) Mngingatkan pihak yang bersalah tentang kelebihan orang yang dizalimi agar menyesal dan memohon kemaafan.

22) Bertindak untuk meredakan suasana tegang serta mengelak fitnah kedua-dua belah pihak yang bertelagah

23) Menzahirkan kemarahan terhadap kesilapan yang dilakukan

24) Meninggalkan pelaku kesilapan serta perdebatannya agar kesilapan disedari

25) Mengecam pelaku kesilapan

26) Mencela pelaku kesilapan

27) Berpaling dari pelaku kesilapan

28) Melemahkan pelaku mereka yang sombong

29) Membantu memperbetulkan kesilapan

30) Berbincang dengan pihak yang bermasalah

31) Memberi keyakinan

32) Menghormati tabiat semula jadi manusia.



Selasa, 15 Oktober 2013

Motif Institusi dakwah dan Gerakan dakwah Islamiyyah


Terjadinya pelbagai NGO Islam, Gerakan Islam, Institusi dakwah di peringkat kebangsaan dan kumpulan-kumpulan dakwah di peringkat antarabangsa, Asia, disebabkan kejatuhan khilafah Islamiyyah pada zaman Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924.


Ulama berijtihad mengikut metode dakwah yang pelbagai serta kajian masing2, disebabkan itulah terjadi banyak kumpulan Islam yang berusaha untuk membantu seluruh umat Islam di peringkat Antarabangsa, negara.

Seperti Ikhwan Muslimin, Hizbut tahrir, Muhammadiyyah, Tabligh Pas, Nahdhotul Ulama, Ikram, Abim, Isma, Haluan, Kumpulan-kumpulan Tarekat dan sebagainya.

Hal ini menyebabkan banyak pemikiran berbentuk dakwah atas kesedaran untuk membantu umat Islam. Jadi sebagai ahli Dakwah, para Ustaz, Ustazah, profesionalisme yang ingin lihat Islam tertegak ! 

dengan saling salah menyalahkan, menegur secara kurang berhikmah menilai secara sudut pandang yang kurang ilmiah, taksub dengan jemaah masing-masing, dan  boleh menyebabkan orang yang ingin cintakan Islam risau untuk memilih Islam sebagai panduan hidup.





Maka hanya insan yang kerdil menilai dari sudut pandang dakwah. Kekuatan masing-masing itu yang diperlukan untuk lihat Islam di tmpat yang tinggi. Ayuh teruskan berdakwah !

Kami cintakan Ustaz-ustaz, dan ustazah yang menjiwai dakwah. Wallahua'alam.

Takrif Dakwah

Dakwah Jalan Insan Rabbani

Takrif dakwah ialah mengajak, menjemput, memujuk, mendidik, membentuk, manusia dengan penuh hikmah (bijaksana) dengan kekuatan yang lahir dalam diri setiap insan melalui ilmu, kemahiran, pengalaman untuk manusia lebih mengenal pencipta Ilahi (Allah) dan membentuk insan menjadi fitran insani..