Selasa, 15 Oktober 2013

Motif Institusi dakwah dan Gerakan dakwah Islamiyyah


Terjadinya pelbagai NGO Islam, Gerakan Islam, Institusi dakwah di peringkat kebangsaan dan kumpulan-kumpulan dakwah di peringkat antarabangsa, Asia, disebabkan kejatuhan khilafah Islamiyyah pada zaman Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924.


Ulama berijtihad mengikut metode dakwah yang pelbagai serta kajian masing2, disebabkan itulah terjadi banyak kumpulan Islam yang berusaha untuk membantu seluruh umat Islam di peringkat Antarabangsa, negara.

Seperti Ikhwan Muslimin, Hizbut tahrir, Muhammadiyyah, Tabligh Pas, Nahdhotul Ulama, Ikram, Abim, Isma, Haluan, Kumpulan-kumpulan Tarekat dan sebagainya.

Hal ini menyebabkan banyak pemikiran berbentuk dakwah atas kesedaran untuk membantu umat Islam. Jadi sebagai ahli Dakwah, para Ustaz, Ustazah, profesionalisme yang ingin lihat Islam tertegak ! 

dengan saling salah menyalahkan, menegur secara kurang berhikmah menilai secara sudut pandang yang kurang ilmiah, taksub dengan jemaah masing-masing, dan  boleh menyebabkan orang yang ingin cintakan Islam risau untuk memilih Islam sebagai panduan hidup.





Maka hanya insan yang kerdil menilai dari sudut pandang dakwah. Kekuatan masing-masing itu yang diperlukan untuk lihat Islam di tmpat yang tinggi. Ayuh teruskan berdakwah !

Kami cintakan Ustaz-ustaz, dan ustazah yang menjiwai dakwah. Wallahua'alam.

2 ulasan: